Monday, March 5, 2012

kejam

0 pendapat pendaput
aku kejam sebab biarkan blog ni lama sangat. terabai. aku kejam terhadap diri sendiri di mana aku lalai dan leka melaksanakan tanggungjawab yang aku pikul. aku kejam. serius. aku kejam. haih

Saturday, December 31, 2011

2012 berbekalkan pengajaran

0 pendapat pendaput
dalam minggu terakhir tahun ni la banyak pengajaran yang aku dapat tangkap. start dengan awal minggu, bila fon bele jadi mangsa pick pocket dalam ktm. lusanya dikejutkan dengan berita ayah azhani meninggal. Innalillah. betapa Allah nak tunjukkan kalau Dia nak ambik apa yang dia bagi tu, sekelip mata je boleh hilang, boleh pergi kalau Dia nak tarik balik nikmat yang Dia bagi. macam tu je. and semalam. semalam aku pergi beli makanan dengan ummu. RM4 nasi lemak janda aku beli. bagi RM 10, dapat baki RM 6. sekeping hijau, sekeping biru. nak dijadikan cerita, aku letak duit dalam poket. bila sampai bilik aku cek poket dah kosong. duit aku tercicir. hilang. aku tekad gila, turun cari balik, jalan ikut jalan yang aku lalu tadi. and cuba teka, aku jumpa ke tak duit aku tu? jumpa weh ! happy gila, aku lari balik kolej laju laju. well, pada aku laju la. bila sampai depan kolej. ada suara panggil aku "awak, awak". datang sorang perempuan, dia hulurkan kunci. weh kunci bilik aku ? okay rupanya masa aku lari laju sangat tadi tu, kunci aku dah terkeluar dari poket aku, tercampak atas jalan. sangat cuai. aku tau. tapi dapat tak mesej yang cuba aku sampaikan dari cerita aku ni ?

kadang kadang bila kita dah hilang sesuatu, baru lah tergegeh nak cari, and kadang bila kita dah dapat apa yang kita nak, benda yang kita dah ada boleh ditarik macam tu je. bak kata pepatah tu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
mesej utamanya, belajar lah hargai apa yang kita ada. tak kira la. barang barang ke, duit ke, kawan ke, keluarga ke, nyawa ke, masa ke. hargai semuanya. sebab selalunya manusia ni bila dah hilang benda tu baru la menyesal tak sudah.
 Selamat Tinggal 2011. yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan pengajaran. peace yaw

Friday, December 23, 2011

batu

0 pendapat pendaput
bila study week menjelang baru la aku teringat aku tak update blog ni hampir 2 bulan. bila study week menjelang baru la teringat ada lagi beberapa assignments tak submit lagi.  bila study week menjelang baru la terdetik yang tak start study apa apa lagi untuk final nanti.

apa lagi. ambik batu baling dekat diri sendiri sekarang

Friday, November 11, 2011

sempena sebelas sebelas

0 pendapat pendaput
azhar latif tag hoh
s1) must post this rules
2) post 11 things about themselves in their post
3) answer the question that those tagger set for you
4) have to choose 11 people to tagged them in their post
5) don't forget to go their page and tell them
6) no tag back!
7) no stuff in the tagging section that "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
LEGITIMATELY (a.k.a Really trust with all honesty) have tagged 11 people



11 things about me
  1. selalu selsema
  2. volume bersin tak boleh slow
  3. bunga feveret - bunga raya
  4. lagi selalu tertarik pada lelaki rabun - pakai spec
  5. sekarang ni tengah sakit pinggang kanan argh
  6. jari telunjuk kanan aku buruk. serios
  7. penyayang orangnya
  8. hanya diam bila tak ada perkara best untuk diperkatakan
  9. suka coklat. ya macam majoriti perempuan lain
  10. mudah cemburu. fuh yang ni geli
  11. tamak dalam soal makanan

 11 things tagger tanya aku

1. Dah makan ke belum ? 
baru je lepas
2. Nama dalam surat beranak ?
diana binti mohd nordin
3. Umur yang tepat ? (exp : 19tahun10hari6jam10minit) 
20 tahun 9 bulan 11 hari 1 jam
4. Suka mengira ke membaca ?
dua dua malas
5. Suka guna pensel atau pen ?
pensel pensel pensel
6. Benda pelik yang dibuat semalam dan kenapa ?
mintak adik korekkan telinga kerana pekak
7. Serius atau weng ? Kenapa eh ?
weh ape tu ? tak faham
8. Tempat yang paling menakutkan bagi anda ?
lubang gelap
9. Binatang yang disukai ?
gajah ! gajah !
10. Kenapa suka binatang tu ?
sebab comel gila. dulu kecik kecik dapat patung gajah aje selalu
11. Suka tak kena soal ? (;
no feeling haha


so 11 orang aku nak tag ? fuh rasa macam ramai dah buat ni. aku aje yang ketinggalan ni. so aku memang malas nak ikut rules dia tak ke orang cakap rules are meant to be broken ? haha okay so sesiapa yang rasa nak buat, aku tag !

Sunday, October 30, 2011

agak wow bila

0 pendapat pendaput
fb keluar benda ni
auw. happy anniversary weh haha


nah kusertakan gambar berkaitan buat kalian. nyahaha
gambar curi from toto

Monday, October 24, 2011

i woke up with an elephant sticker on my abs

0 pendapat pendaput
yeah konon ada abs, padahal takda rupa abs dah lemak blup blup aje bak kata ummu. baru habis CARE. ikut perancangan aku sepatutnya balikmalam ni sebab ada post-moterm urusetia malam tadi, and discussion pagi ni. last last dua dua pun aku tak pergi. argh membazir aje aku stay sini. aih macamana la aku boleh tertidur. tak sedar terus pulak tu. so balik kem ni aku rasa macam otot aku makin mantap dan fuh agak tidak keterlaluan kalau aku cakap macam aku dah boleh jadi professional - okay baca professional pun dah tau melampau gila perumpaan yang aku nak guna ni. haha okay lupakan

okay yang atas ni aku taip pagi tadi. alkisahnya aku dekat upm lagi masa tu. now dah dekat kl sentral tunggu yan habis kerja, nak balik sama. yeay dapat balik. tapi tak yeay sangat takdapat nak keluar dengan bele. takpe, nanti nanti kot boleh hee. okay kat sini boring. layan whooper jap hehe

Thursday, October 20, 2011

baru tahu

0 pendapat pendaput
hari ni phone aku tertinggal atas kerusi dekat bank. disebabkan perkara ni, aku terfikir banyak perkara. beberapa teori yang akan aku usulkan disini. cehh poyo. okay mula !
  • sesuatu berlaku memang atas kehendak Allah. okay ni bukan teori, ni memang hakikat
  • rupa rupanya dalam dunia ni masih ramai orang yang baik hati, okay kecilkan skop, mungkin di upm ni la ramai yang baik. 
  • rupa rupanya bila kita dalam keadaan menggelabah dan tak terkawal serta memerlukan pertolongan, orang yang pertama sekali kita teringat adalah orang yang paling kita sayang. 
  • hati perempuan lebih berkecenderungan untuk jadi sedih dari marah.
  • kadang kadang orang yang kita sayang memang akan buat kita sedih, dengan, atau tanpa sengaja
  • perempuan yang already sedih jangan ditambah lagi dengan luahan kemarahan blah blah, confirm tambah sedih lantas rasa tidak disayangi
  • kadang kadang kita tak sedar, orang yang sayang kita kadang datang tolong kita tanpa kita minta atau paksa. 
okay dah habis teori. bersyukur gila aku dapat balik phone aku. thanks kak wani yang baik hati. terima kasih azhani azq yang turut sama membantu. bele jugak, tq. kesimpulannya aku memang selalu menyusahkan semua orang. sory haih